Sumber Pembelajaran

Bijak Labur | Pendedahan Terkini Saham Syarikat Alibaba

30 Dis 2021

Penguatkuasaan peraturan oleh kerajaan China untuk mengekang monopoli syarikat teknologi di China menyebabkan harga saham Alibaba (NYSE: BABA) jatuh lebih 50% year-to-date walaupun perniagaannya kukuh. Ramai pelabur yang panik! Adakah sekarang ni peluang untuk beli lagi atau jual terus? 

Latar Belakang : Model Perniagaan Syarikat Alibaba

- Pembekal infrastruktur teknologi dan pemasaran bagi pedagang, syarikat berjenama, peruncit dan lain-lain untuk berhubung dengan pengguna dan pelanggan di China dan antarabangsa.

- Beroperasi dalam 4 segmen: Core Commerce, Cloud Computing, Digital Media and Entertainment, dan Innovation Initiatives and Others.

- Platform di bawah Alibaba: Taobao, Tmall, AliExpress, Lazada, Trendyol dan lain-lain.

Pendedahan Terkini Saham Syarikat Alibaba

4 perkara penting dari Investor’s Day Alibaba 2021 ini mungkin boleh membantu anda melihat hala tuju syarikat:

Pertumbuhan Pengguna

  • Pelanggan aktif bertumbuh daripada 1 bilion kepada 1.2 bilion, sebahagian besar daripadanya ialah pengguna China
  • Masih banyak pasaran yang belum diteroka di peringkat antarabangsa dan di bandar Tier 3 dan Tier 4 di China
  • Penembusan e-commerce di bandar Tier 3 dan 4 berkembang pesat, dengan Taobao Deals dan Taocaicai sebagai platform utama memenuhi keperluan pengguna di bandar ini

Strategi Multi-App

  • Pelbagai aplikasi untuk platform yang sama bagi segmen pengguna yang berbeza – daripada pengguna muda ke warga senior
  • Lebih banyak aplikasi digunakan pengguna, lebih tinggi ‘user’s stickiness’ – lebih tinggi peluang jualan
  • Program keahlian 88VIP – pengguna dengan perbelanjaan tertinggi dalam ekosistem Alibaba, lapan kali lebih banyak berbelanja berbanding pengguna biasa

Servis Tempatan

  • Pasaran servis tempatan dijangka mencapai RMB35 trillion menjelang 2025- Alibaba bertindak menggandakan servis tempatan
  • Servis berasaskan lokasi digabungkan termasuklah Ele.me, Koubei, Amap dan Fliggy
  • Strategi ‘to-home’ dan ‘to-destination’ untuk memberi servis berkualiti kepada pengguna dan penjual    

Globalisasi

  • Lazada berkembang di pasaran Asia Tenggara dengan pengguna meningkat sebanyak 80% dalam masa 18 bulan
  • Cainiao, platform menjejak parcel antarabangsa milik Alibaba berterusan membina infrastruktur untuk memastikan penghantaran cross-border yang pantas dan jimat kos – mengintegarsikan lebih 50 pelabuhan di seluruh dunia kepada rangkaian logistiknya
  • Revenue bertumbuh 40% bagi segmen ini

Kesimpulan

Walaupun harga saham Alibaba alami kejatuhan mendadak, namun dari segi perniagaan, Alibaba terus mencatatkan keuntungan dan terus bertumbuh. Dengan harga saham semasa, ia mungkin peluang terakhir untuk melihat harga di bawah ‘nilai’ untuk syarikat berkualiti sebesar Alibaba. Bercerita mengenai harga bawah nilai, jika nak tahu bagaimana kaedah tersebut dipraktikkan, ANDA boleh belajar secara PERCUMA di sesi ONLINE berikut https://bit.ly/3quJGtj

DISCLAIMER

This article and its contents are provided for information purposes only and do not constitute a recommendation to purchase or sell securities of any of the companies or investments herein described. It is not intended to amount to financial advice on which you should rely.

No representations, warranties, or guarantees, whether expressed or implied, made to the contents in the article is accurate, complete, or up-to-date. Past performance is not indicative nor a guarantee of future returns.

We, 8VI Global Pte Ltd, disclaim any responsibility for any liability, loss, or risk or otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, from the use and application of any of the contents of the article.