Learning Resources
Bijak Labur
Bijak Labur

14 Dec 2020

Ep2 | Strategi Nabi Yusuf Tangani Kemarau Panjang dan Aplikasinya dalam Pelaburan Saham


Pelaburan saham adalah proses yang memerlukan perancangan kewangan yang teliti. Tanpa merancang kewangan, walau sebanyak banyak mana pulangan pelaburan, kita takkan capai matlamat kewangan kita.

Kisah teladan yang kami kongsikan kali ini adalah daripada kisah Nabi Yusuf a.s, pakar ekonomi dan penafsir mimpi. Si Raja Mesir yang didatangi mimpi aneh memanggil Nabi Yusuf untuk menaksir mimpinya itu.

Apakah mimpi aneh ini? Apa pula kaitannya dengan perancangan kewangan? Jom kita tonton video ini dan sama-sama kita teladani kisahnya.